Soalan & jawapan

 Bilakah penulisan & pengumpulan Al-quran berlaku?

-Penulisan al-Quran telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W.  yang ditulis pada kulit binatang, batu dan sebagainya. Akan tetapi, pengumpulan Al-Quran tidak berlaku pada zaman baginda.

-Pengumpulan Al-quran berlaku pada zaman  Sayyidina Abu Bakar setelah dicadangkan oleh Sayyidina Umar bin al-Khattab apabila erlalu ramai huffaz yang meninggal dlam peperangan Riddah. Pada awalnya, Sayyidina Abu Bakar tidak setuju dengan cadangan Sayyidina Umar. Hal ini kerana Nabi Muhammad S.A.W tidak melakukan perkara tersebut. Akan tetapi, setelah berbincang lama dengan Sayyidina Umar, akhirnya Sayyidina Abu Bakar pun setuju dalam pengumpulan al-Quran.

No comments:

Post a Comment

  🌼  أهلا وسهلا 🌼 Assalamualaikum wbt  buat semua pengunjung blog Qaseh Ilmu. Secara ringkasnya, blog ini akan menerangkan biodata bagi im...