KELEBIHAN IMAM NAFI’
- Imam Nafi’ merupakan imam qiraat terkenal di Madinah.Beliau menjadi sumber rujukan bacaan Al-Quran dan ramai manusia membaca dengan qiraatnya.
- Imam Nafi’ berkecimpung dalam bidang QIraat selama lebih 70 tahun. Beliau mengetahui dengan jelas perbezaan wajah Qiraat berkat pembelajaran beliau bersama imam-imam terdahulu di negeri beliau.
- Berkata Sai’d Bin Mansur ; Aku mendengar Malik Bin Anas berkata : Qiraat penduduk Madinah adalah sunnah dan merupakan yang terbaik. Ditanyakan kepadanya,adakah ia Qiraat Nafi’? Beliau berkata : Ya.
- Dan diriwayatkan daripadanya juga[Imam Malik] bahawa ketika Imam Nafi’ berbicara terbau haruman kasturi daripada mulutnya.Maka ditanya kepada Imam Nafi’.Adakah kamu memakai wangian ketika ingin duduk membaca Al-Quran di hadapan manusia.Imam Nafi’ menjawab : Aku tidak pernah menyentuh wangian dan tidak juga memakainya.Tetapi aku melihat didalam mimpiku Rasulullah membaca ke mulutku dan sedari itu terbaulah dari mulutku wangian ini.
- Al-Musayyibi berkata kepada Imam Nafi’: Alangkah berserinya wajahmu dan baiknya akhlakmu.Imam Nafi’ menjawab,bagaimana aku tidak seperti yang kamu bicarakan itu;aku telah bersalam dengan Rasulullah dan aku juga telah membaca Quran kepadanya didalam mimpiku.
- Imam Nafi’ sangat terkenal dengan kezuhudan dan sifat peramahnya.Beliau juga bersolat di Masjid Rasulullah selama 60 tahun. Beliau juga terkenal dengan akhlak terpuji dan wajahnya yang berseri-seri.
No comments:
Post a Comment