Biodata Imam Nafi'

  IMAM NAFI' AL-MADANI


  • Nama beliau yang sebenar ialah Nafi' Bin Abd al-Rahman Bin Abi Nu'aim. 
  • Kuniyah (nama yang disandarkan kepada ibu ataupun bapa) ialah Abu Ruwaim.

-Pendapat lain mengatakan bahawa kuniyah bagi Imam Nafi' ialah Abu al-Hasan serta Abu 'Abd al-Rahman yang merupakan hamba kepada Ja'wanah. Ja'wanah merupakan kenalan kepada Hamzah bin Abd al-Mutallib. Pendapat lain mengatakan bahawa Ja'wanah ialah kenalan daripada al-'Abbas bin Abd  al -Muttalib.

  • Beliau berasal daripada Asbahan. 
  • Imam Nafi' merupakan salah seorang Imam daripada Qiraat Tujuh.
  • Beliau mempunyai kulit yang sangat gelap. Walaupun begitu, beliau mempunyai akhlak yang sangat indah dan suka berjenaka.
  • Beliau pernah bertalaqqi al-Quran daripada 70 orang tabi'in. Antaranya termasuklah:

-Abu Ja'far

-Syaibah bin Nasah

-Muslim Ibn Jundub

-Yazid Bin Rawman

-Muhammad Bin Muslim Bin Syihab al-Zuhri 

-Abd al-Rahman Bin Hurmuz al- A'raj

  • Abu Ja'far dan Abd al-Rahman Bin Hurmuz al- A'raj bertalaqqi al-Quran daripada tuannya iatu Abdullah Bin Ayyasy Bin Abi Rabi'ah al-Makhzumi, Abdullah Bin 'Abbas serta daripada Abi Hurairah. Ketiga-tiga mereka bertalaqqi al-Quran daripada Ubay Bin Ka'ab. Selain itu, Ibn 'Abbas dan Abu Hurairah juga bertalaqqi al-Quran daripada Zaid Bin Thabit. Zaid dan Ubay pula bertalaqqi al-Quran daripada Rasulullah S.A.W. 



  • Syaibah bin Nasah, Muslim Ibn Jundub,Yazid Bin Rawman dan Muhammad Bin Muslim Bin Syihab al-Zuhri  bertalaqqi al-Quran daripada Abdullah Bin Ayyasy Bin Abi Rabi'ah al-Makhzumi. Syaibah juga pernah mendengar bacaan al-Quran daripada 'Umar Bin al-Khattab. Umar Bin al-Khattab bertalaqqi al-Quran daripada Rasulullah S.A.W.



  • Muhammad Bin Muslim Bin Syihab al-Zuhri  pula bertalaqqi daripada Sa'id Bin al-Musayyab. Seterusnya Sa'id pula bertalaqqi daripada  Ibn 'Abbas dan Abu Hurairah. Ibn 'Abbas dan Abu Hurairah  bertalaqqi al-Quran daripada Zaid Bin Thabit dan Ubay Bin Ka'ab. Zaid dan Ubay pula bertalaqqi al-Quran daripada Rasulullah S.A.W.


  • Qiraat Nafi' adalah qiraat yang mutawatir. Qiraat Nafi' dikira sebagai tawatir bukanlah disebabkan beliau pernah bertalaqqi dengan 70 orang tabi'in tetapi ianya tawatir bagi setiap peringkat.

  • Qiraat Nafi’ diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat yang bertalaqqi dengan Rasulullah S.A.W. Seterusnya ramai Tabiin yang meriwayatkan bacaan tersebut dari para sahabat. Kemudian,diriwayatkan pula dari satu ummat ke ummat yang lain sehinggalah sampai Qiraat tersebut kepada kita hari ini.
  • Qiraat Nafi’ diriwayatkan secara sima’an(mempedengarkan) dan juga ‘ardhan(bertalaqqi). Terdapat ramai orang yang meriwayatkan Qiraat  Beliau sehingga tidak terkira bilangannya.

  • Qiraat beliau tersebar ke Madinah,Syam,Mesir dan Negara-negara Islam yang lain.

  • Antara anak murid Imam Nafi' termasuklah:

-Imam Malik Bin Anas

-Al-laithi Bin Sa’ad

-Abu Amru  Bin Al-Alla’

-Al-Musayyibi

-Isa Bin Wardan

-Sulaiman Bin Muslim Bin Jammaz

-Ismail Bin Abu Jaafar

-Yaakub Bin Abu Jaafar

 

  • Terdapat dua orang perawi yang masyhur. Antaranya termasuklah:

   -    Qalun

    - Wasy


No comments:

Post a Comment

  🌼  أهلا وسهلا 🌼 Assalamualaikum wbt  buat semua pengunjung blog Qaseh Ilmu. Secara ringkasnya, blog ini akan menerangkan biodata bagi im...